Sunday, 25 August 2024

CUCUR BILIS & BAWANG

Jemput-jemput atau cucur bilis dan bawang merupakan menu sarapan pagi atau minum petang gaya kampung, bagi kebanyakan kaum Melayu. Jemput-jemput bilis ni sedap dimakan panas-panas, lawan pula dengan kopi 'o' piorr 434 signature Muoo

Dengan cuaca sejuk musim-musim hujan ni, memang ngam sangatlah menu ni. Makan pula kat beranda rumah sesambil scroll media sosial.. ehh!! Memang layan lahh 🤭


Pulak tu jemput-jemput nyer rangup di luar, lembut di dalam. Cicah dengan sos cili thai, makan panas-panas... Perghhh!!! Lagi menambah kenikmatan. Dah tak toleh kiri kanan dah. Bak kata orang dulu-dulu "mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak" 
Macam mana nak nampak, dah dia lalu kat belakang kan... 🤣🤣 sape suruh lalu kat belakang, kan dah tak nampak 🤣

Nak buat jemput-jemput ni senang aje sebenarnya. Bahan-bahan pun memang yang sedia ada kat dapo semua orang. Rajin dengan tak aje nak membuatnyer. Tapikan musim-musim hujan ni perut memang asyik lapar memanjang. Memang kena merajinkan dirilah gamaknya 😂


Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- sejemput ikan bilis (cuci & tumbuk kasar)
- ½ biji bawang besar (dadukan)
- 5 helai daun sup/daun bawang (hiris)
- 1 biji cili merah basah (buang biji & dadukan)
- garam secukupnya
- air suam secukupnya 

Cara Membuat :

Satukan bahan-bahan di dalam bekas.

Bancuh dengan air secukupnya.


Goreng dengan minyak yang panas, api sederhana je.

Paling-palingkan.


Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.


Siap untuk dihidangkan.

 Dah siap jemput-jemput kita.. Moh la kita makan berjemaah kat beranda sesambil scroll media sosial 😎🥳


MASJID SELAT MELAKA

Hari Jumaat yang lepas kami sekeluarga berpeluang melawat ke Masjid Selat Melaka. Mana lagi, Melaka lerrr (trademark orang Melaka)😎

Tak sangka kat Melaka ada Masjid terapung 😎 Masjid ni dah siap lama since 2006 lagi. Ibu baru tahu kewujudan masjid ni pada bulan lepas (kebetulan fyp kat tiktok) Hah... ape lagi, ajaklah ayahnya pergi. Alang-alang minggu ni Johor cuti 3 hari (Jumaat, Sabtu & Ahad) Jumaat dan Sabtu memang cuti hujung minggu untuk negeri Johor. Ahad pula cuti peristiwa sempena Piala FA MALAYSIA 2024 -> JDT vs Selangor. Lagipun jarak dari rumah nak ke Masjid Selat Melaka ni tak sampai 1 jam pun (sebab rumah kami sempadan Muar - Melaka)

Pandangan dari sudut hadapan 

Masjid Selat Melaka merupakan sebuah Masjid yang terletak di tepi Selat Melaka, iaitu selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Masjid yang dibina di atas permukaan laut berdekatan pulau buatan manusia ini juga menjadi satu lagi mercu tanda dan daya tarikan pelancongan di Melaka. Masjid Selat Melaka ini antara destinasi menarik yang patut dikunjungi jika bertandang ke negeri Melaka. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana Masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang. Pemandangan ini sangat memukau siapa pun yang melihatnya.


Angin kuat kat sini 

Selain untuk tujuan solat, orang ramai dan para pelancong dari dalam dan luar negara juga berpeluang untuk masuk dan melihat dengan lebih dekat lagi pemandangan di perairan Selat Melaka pada bahagian pelantar Masjid. Suasana ketenangan dan kedamaian di dalam Masjid membuatkan hati terusik. Lebih terasa ketenangannya apabila berpeluang solat di dalam Masjid, diselangi dan disulami dengan hembusan angin bayu dari Selat Melaka yang pasti menenangkan jiwa.

Gerbang dari sudut belakang 

Kos pembinaannya menelan belanja hampir RM11 juta. Masjid ini dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar, mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Bahagian yang sering menjadi tumpuan pelawat adalah dua pintu gerbangnya yang bersilang menuju ke pintu masuk utama, dengan kaca berwarna-warni menghiasi ruang antara gerbang tersebut. Ramai yang memilih untuk bergambar di pintu gerbang ini kerana rekabentuknya yang luar biasa.

Ruang solat utama 

Walaupun ianya terletak di Pulau Melaka, namun tidak bermakna pelancong perlu menaiki bot untuk sampai ke sini. Pulau Melaka merupakan pulau buatan manusia yang boleh dilalui dengan kenderaan. Kemudahan untuk pengunjung Masjid ini juga sangat lengkap.

Dokorasi dalaman yang memukau 

Antara kemudahan yang ada di Masjid Selat Melaka:
✅Kawasan parking yang luas & percuma
✅tandas yang bersih
✅tempat wudhu khas
✅bangku rehat
✅cafe kecil di tepi laut

Ruang menunggu / tempat berehat seketika

Menara azan di sebelah kiri masjid 

Menara azan menirus ke puncak pada ketinggian 2 kali ganda daripada bangunan utama. Masjid Selat Melaka bukan sahaja sebuah tempat ibadat, tetapi juga merupakan mercu tanda budaya dan seni bina yang penting di Melaka.
Keindahannya yang menawan dan seni binanya yang unik menjadikan Masjid ini sebagai destinasi yang wajib dikunjungi.


Sangat memukau

Setiap sudut Masjid ini membawa cerita dan keajaiban tersendiri. Datanglah dan saksikan sendiri keindahan Masjid Selat Melaka. Anda pasti akan terpesona dengan keunikan dan keindahannya.

Karipap Pusar

Karipap Pusar 
Hai hai hai... Happy weekend korang. Hari ni ibu nak throwback resipi pertama yang ibu up kat 'kukpet' sini 
Karipap pusar salah satunya. Kenangan sungguh! 
Klik sini Resipi Karipap Pusar (yang ni ibu guna resepi dari makcik ibu)

Untuk kali ni ibu cuba buat guna resipi salah seorang rakan 'fb' ibu iatu Kaklong Jie Hamid. Terima kasih Kaklong kerana berkongsi resipi ini. Semoga Kaklong diberi kesihatan yang baik (cancer fighter) diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan untuk menjalani rawatan dan dimewahkan rezeki selalu asbab berkongsi resipi ini. Mohon korang juga doakan kesembuhan buat beliau. 

اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَتَكَ يَا شَافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءٌ لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Allahumma syafi ‘abdatika ya syafi la syifa-a illa syifa-uka syifa-an la yughadiru saqaman.”​

MAKSUDNYA: “Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu ini (untuk perempuan), wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa”.

Okey berbalik pada tajuk utama kita iatu resipi karipap pusar. Hah, korang mesti rasa nak buat karipap pusar ni leceh kan..? Sebab banyak step nak nyiapkan dia. Hahaha sebenarnya takdelah leceh sangat pun. Hanya perlukan kerajinan dan sedikit ketabahan jurr 🤣🤣

Nak makan sedap, usahalah sikit kan 🤭

Bahan-bahan

Doh A

1kg tepung

2 sudu besar marjerin

½ cawan minyak masak 

1 sudu teh garam

2 sudu teh gula

2 ½ cawan/secukupnya air sejuk


Doh B

3 cawan tepung gandum 

3 sudu besar tepung beras

300gm marjerin


Cara Membuat

Satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak, garam dan gula.

 Uli hingga jadi serbuk.

Masukkan air sejuk secukupnya. Uli hingga menjadi doh.



Doh B

Satukan bahan doh B. Gaul sebati.

Kemudian masukkan doh B ke dalam doh A. 

Doh A diluar, doh B didalam. Jangan salah pulak ye 🤭



Rehatkan doh setengah jam.


Canaikan doh membentuk 4 segi.
Gulungkan doh.
Tegakkan, kemudian canaikan lagi.



Canai memanjang.



Kemudian gulungkan sekali lagi. Buat hingga siap.


Hiriskan doh kepada 4 atau 5 bahagian. 


Ambil lebihan doh A, canaikan nipis-nipis. Kemudian canaikan pula doh yang telah dihiris. (Tujuannya agar inti karipap tidak terkeluar apabila digoreng)


Isikan inti dan kelim karipap. Sapu sikit air dulu kat sekeliling dia sebelum kelim supaya karipap tak mudah terbuka masa goreng nanti. Ibu kelim guna jari jemari ibu yang lembut 😂 tiberrrr...


Hasil kelim menggunakan jari jemari yang lembut 🤭 haaa...gittuww.. cantik kan? Nampak pusar² dia...


Goreng dalam minyak yang panas dan api yang sederhana. 


Asshiapppp...



Inti karipap ni korang boleh je pelbagaikan. Nak letak inti kentang boleh, keledek boleh, kentang dan daging pun boleh. 

Okey, sekian sahaja untuk resipi hari ini... 🥳✌🏻

Others Stories to Explore 👇🏻