Sunday, 25 August 2024

Karipap Pusar

Karipap Pusar 
Hai hai hai... Happy weekend korang. Hari ni ibu nak throwback resipi pertama yang ibu up kat 'kukpet' sini 
Karipap pusar salah satunya. Kenangan sungguh! 
Klik sini Resipi Karipap Pusar (yang ni ibu guna resepi dari makcik ibu)

Untuk kali ni ibu cuba buat guna resipi salah seorang rakan 'fb' ibu iatu Kaklong Jie Hamid. Terima kasih Kaklong kerana berkongsi resipi ini. Semoga Kaklong diberi kesihatan yang baik (cancer fighter) diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan untuk menjalani rawatan dan dimewahkan rezeki selalu asbab berkongsi resipi ini. Mohon korang juga doakan kesembuhan buat beliau. 

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุดْูِ ุนَุจْุฏَุชَูƒَ ูŠَุง ุดَุงูِูŠ ู„َุง ุดِูَุงุกَ ุฅِู„َّุง ุดِูَุงุคُูƒَ ุดِูَุงุกٌ ู„َุง ูŠُุบَุงุฏِุฑُ ุณَู‚َู…ًุง

“Allahumma syafi ‘abdatika ya syafi la syifa-a illa syifa-uka syifa-an la yughadiru saqaman.”​

MAKSUDNYA: “Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu ini (untuk perempuan), wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa”.

Okey berbalik pada tajuk utama kita iatu resipi karipap pusar. Hah, korang mesti rasa nak buat karipap pusar ni leceh kan..? Sebab banyak step nak nyiapkan dia. Hahaha sebenarnya takdelah leceh sangat pun. Hanya perlukan kerajinan dan sedikit ketabahan jurr ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Nak makan sedap, usahalah sikit kan ๐Ÿคญ

Bahan-bahan

Doh A

1kg tepung

2 sudu besar marjerin

½ cawan minyak masak 

1 sudu teh garam

2 sudu teh gula

2 ½ cawan/secukupnya air sejuk


Doh B

3 cawan tepung gandum 

3 sudu besar tepung beras

300gm marjerin


Cara Membuat

Satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak, garam dan gula.

 Uli hingga jadi serbuk.

Masukkan air sejuk secukupnya. Uli hingga menjadi doh.



Doh B

Satukan bahan doh B. Gaul sebati.

Kemudian masukkan doh B ke dalam doh A. 

Doh A diluar, doh B didalam. Jangan salah pulak ye ๐Ÿคญ



Rehatkan doh setengah jam.


Canaikan doh membentuk 4 segi.
Gulungkan doh.
Tegakkan, kemudian canaikan lagi.



Canai memanjang.



Kemudian gulungkan sekali lagi. Buat hingga siap.


Hiriskan doh kepada 4 atau 5 bahagian. 


Ambil lebihan doh A, canaikan nipis-nipis. Kemudian canaikan pula doh yang telah dihiris. (Tujuannya agar inti karipap tidak terkeluar apabila digoreng)


Isikan inti dan kelim karipap. Sapu sikit air dulu kat sekeliling dia sebelum kelim supaya karipap tak mudah terbuka masa goreng nanti. Ibu kelim guna jari jemari ibu yang lembut ๐Ÿ˜‚ tiberrrr...


Hasil kelim menggunakan jari jemari yang lembut ๐Ÿคญ haaa...gittuww.. cantik kan? Nampak pusar² dia...


Goreng dalam minyak yang panas dan api yang sederhana. 


Asshiapppp...



Inti karipap ni korang boleh je pelbagaikan. Nak letak inti kentang boleh, keledek boleh, kentang dan daging pun boleh. 

Okey, sekian sahaja untuk resipi hari ini... ๐Ÿฅณ✌๐Ÿป

No comments:

Post a Comment

Others Stories to Explore ๐Ÿ‘‡๐Ÿป