Kari Kambing Berangan Muar’s Hidden Gem!
Kalau sebut Muar, Johor.. most people akan terus fikir Mee Bandung Muar right? Memang tak dinafikan itu signature yang orang kenal sejak dulu. Tapi bagi aku, Muar ni sebenarnya ada banyak lagi hidden gems yang belum semua orang discover. Bandar kecil ni penuh dengan kedai makan yang ada karakter tersendiri..
..dan salah satunya, Restoran Kari Kambing Berangan π€©π
First time dengar nama restoran ni pun dah buat aku curious. Nama dia catchy, unik dan senang nak ingat. Then bila dengar tagline trademark dia.. “Nak berangan… mariiiiiiii!” Haa.. sekali dengar terus melekat. Honestly, tagline tu bukan sekadar gimmick. Lepas aku try sendiri makan kat sini, baru aku faham kenapa ramai yang sanggup repeat, siap bawak family, kawan-kawan, jiran-jiran & geng officeπππ
The Star of the Show, Nasi Kuning + Kari Kambing
The highlight here is ofcoz nasi kuning + kari kambing. Kedengaran simple, but trust me.. rasa dia memang lain daripada yang lain. Nak kata nasi briyani, bukan briyani.. tapi ada soul & uniqueness dia yang tersendiri. Bila digandingkan dengan kari kambing pekat yang kaya dengan rempah, memang perfect combo π Kari dia pun lain daripada yang lain. Kalau nak tahu lain yang macam mana, korang kenalah datang dan cuba sendiri.
First suapan je, terus terasa “comfort + wow factor” dalam satu pinggan. The rice itself is cooked to perfection beras basmathi, fluffy, berderai, tak keras and paling penting tak muak langsung walaupun portion dia banyak. The kind of meal yang bukan saja buat kenyang half day, tapi boleh tahan sampai ke next day. Aku pernah order set nasi + rusuk kambing, and guess what..? aku kenyang satu hari terus. Dinner pun skip, esok paginya baru rasa lapar. That’s how generous portion dia. Betul-betul banyak π₯³
Harga pun berbaloi sangat dengan apa yang kau akan dapat.. portion besar, rasa padu.. memang worth every cent.
Yang aku makan ni set nasi + rusuk kambing. Ada disertakan sekali papadom, kuah sambal air asam, tak lupa juga ada garlic sos creamy untuk balance kan rasa, plus salatah bagi efek crunchy & fresh. Rusuk kambing pun besar, serve panas-panas. Perfect.. complete set π
Other Menu Options
Menu kat sini bukan limited to kari kambing je. Ada banyak pilihan lain yang confirm worth to try:
Set nasi kuning + ayam ros, ayam goreng
Nasi ayam penyet (ada pilihan lauk lain like ikan tilapia)
Soto (yang ni aku dah repeat banyak kali, comfort food betul. Kuah dia pekat and cukup rasa.. tak over minyak, portion pun banyak)
Set lempeng & lempeng kelapa (sesuai kalau nak sarapan ringan)
Roti arab (perfect kalau nak breakfast santai)
Rare menu macam set nasi kuning + lamb shank, rusuk lembu, rusuk kambing. Kalau craving heavy meal, memang puas hati.
Set talam pun ada banyak choice.
Even waktu pagi pun restoran ni dah serve menu berat tau. If datang waktu pagi, jangan risau sebab semua menu-menu dia dah ready. So kalau bangun pagi, tiberrr ter...craving nasi kari kambing berangan pun takde hal.. walk in je terus. Kalau korang jenis yang skip lunch pula, inilah port makan korang.. Breakfast merangkap lunch terus, kan senang.. Kat sini bukan waktu lunch je crowd, time breakfast pun penuh dengan orang yang nak start day dengan makanan padu..
Service & Vibes
Another point yang aku suka tentang restoran ni adalah layanan staf dia. Ahaa.. nak tahu sebab apa..?
Masuk-masuk je restoran, staf dia semua siap dengan owner sekali serentak sambut kita dengan ucapan “Selamat datanggggg” dengan tone panjang π₯³ Meriah bethol.. Sebagai customer, ofcoz kita rasa dihargai. Bukan sekadar sambutan awal je, sepanjang makan pun staf dia memang alert. Senyum tak lekang. Service pun cepat, tak ada muka masam atau buat endah tak endah.
Lepas makan & bayar, masa nak keluar pula.. sekali lagi mereka akan wish “Terima kasihhh, datang lagiiii” Panjang bethol ekor belakang dia sampai boleh senyum sorang-sorang dibuatnya π Tapi kan, trust me.. benda macam ni lah yang buat customer rasa nak datang lagi. Staf semua friendly, confirm customer senang hati dan sukaπ₯³ Cuba bayangkan.. kalau pergi restoran yang staf nya muka masam mencuka, buat kerja hentak-hentak, korang sebagai customer suka tak..? Confirm tak akan repeat lagi kan..π Bak kata pepatah orang dulu-dulu, “orang berbudi, kita berbahasa.” Haa gittuw π
Benda macam ni simple je sebenarnya, tapi memberi big impact dekat keseluruhan experience. It sets the mood, rasa macam makan kat tempat yang lively, friendly and penuh positive vibes. Dari awal sampai habis, memang kita automatically jadi lebih selesa nak enjoy food sebab suasana tu dah “warm up” kita. Kadang-kadang kan, even kalau makanan tu sedap gila sekalipun, tapi kalau service cold or tak mesra, terus mood down. Tapi dekat sini, vibe dia seimbang.. makanan padu & layanan tiptopπ
Lagi satu, bila staf dan owner sendiri sama-sama greet customer dengan penuh energy, kita boleh nampak dorang genuinely enjoy buat kerja. Itu yang buat restoran ni lain daripada tempat lain. Kita bukan sekadar datang nak makan, tapi kita dapat rasa hospitality tu. In short, the service & vibes here turn your dining experience into something memorable, bukan sekadar “makan dan balik” semata.
So, untuk Restoran Kari Kambing Berangan ni, aku respek π«‘
Owner yang Inspiring
Kalau kau follow page Kari Kambing Berangan (cuba korang cek dah follow ke belum? Kalau belum, boleh tekan link merah tuπ) memang boleh nampak owner dia jenis yang humble dan tak kedekut ilmu. Dia selalu share video, tips masakan, resipi and cara handle big orders. Imagine masak nasi portion besar tapi still maintain rasa sama, that’s not easy tau. Bukan senang nak masak dalam kuantiti yang banyak.
Lagi impressive, dia masih muda tapi skill dan konsistensi dia cenggini π For me, that’s inspiring. Not just pandai run business, tapi juga rajin share knowledge dengan orang lain. That makes the restaurant lebih daripada sekadar tempat makan, but ada nilai sharing & inspiring sekali. Tahniah anak muda π
Sesuai untuk Semua
Overall, for me.. restoran ni sesuai untuk family, couple, student ataupun geng office lunch. Senang cite sesuai untuk semua. Lokasi dia pun memang strategic kat tengah bandar Muar, so memang jadi port wajib especially waktu lunch. Tambah pulak ramai penjawat awam area sini, so peak hour memang akan meriah.
Parking pun senang, kawasan luas. So tak perlu risau nak pusing lama cari lot kosong sebab kawasan restoran ni memang luas & convenient. Salah satu sebab kenapa aku suka makan kat sini.. sebab aku sejenis yang tak suka nak cari parking π
Dan yang paling aku happy, aku berjaya racun a.k.a hasut family, kawan-kawan & jiran-jiran aku datang restoran ni π₯³π Ahaaa.. yelah, benda rare & sedap ni mana boleh makan sorang.. kan? Food is always about bringing people together π€
Verdict
So guys, kalau datang Muar.. atau korang memang orang Muar yang nak cari port makan sedap, harga berbaloi & layanan staf nya bagus.. bolehlah datang sini. Jangan sekadar lalu je. Mee Bandung memang legend, tapi kari kambing kat sini pun dah layak diangkat jadi new signature dish. Aku dah try, and aku dah berjaya racun a.k.a hasut family, kawan-kawan, jiran-jiran and now.. it’s your turn fulaksss guysss..
Tak mustahil suatu hari nanti restoran ni akan lebih viral & jadi ikon makanan Muar, sama macam Nasi Lemak Lobster kat JB yang orang sanggup drive jauh-jauh semata-mata nak try. Soon, orang akan cakap.. “Kalau ke Muar, wajib singgah Kari Kambing Berangan!” π₯
Trust me, sekali cuba.. confirm nak repeat π₯³
π Worth it? Definitely YES ✅
π Lokasi: Jalan Ibrahim, betul-betul berhadapan dengan TM Muar dan sebelah Klinik Pergigian Dental Ideal.
⏰ Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang (Tutup setiap Jumaat).
Nak berangan? Mariiiiiiiiii! ππ₯
No comments:
Post a Comment