Wednesday, 20 August 2025

My Supplement & Skincare Journey

Terkadang Hidup Ni Penuh Dengan Fasa

Kadang aku rasa hidup ni penuh dengan fasa. Ada masa obses dengan skincare, ada masa sibuk ikut diet trend, ada masa tiba-tiba rajin beli supplement macam nak buka farmasi mini🀭 Pernah tak korang rasa macam tu jugak..?

Tapi bagi aku, semua tu sebenarnya journey untuk jaga diri sendiri. Nak sihat, nak nampak cantik, and most importantly nak rasa confident dengan diri sendiri.

My Curiosity Journey πŸ˜…
Kalau ikut hati, memang macam-macam aku cuba. Dari skincare, diet trend sampailah ke supplement. Semua aku pernah explore (tamak kan aku..? 🀭) Kadang rasa macam.. “eh, aku ni tengah buat research ke atau tengah kumpul stok farmasi sendiri?” πŸ˜‚ Tapi inilah journey aku. Sebab at the end of the day, aku just nak sihat, nak kulit cantik, nak badan ringan dan yang paling pentinggg.. nak rasa yakin dengan diri sendiri.. haa gittuww 😎


Support Kawan, Support Diri Sendiri 
Jujurnya dulu aku selalu beli supplement Shaklee. Bukan setakat nak try, kadang sebab aku nak support kawan jugak. Ada dua orang kawan yang jual shaklee, dua-dua aku beli. Vitamin C, minyak ikan, soy protein bagai. Aku ni jenis curious person, so bila orang cakap sesuatu tu bagus, confirm aku nak try. Tambah pulak kalau kawan yang jual, lagi la aku tak berkira. Sebab aku percaya bila kita support biz orang, rezeki kita pun akan datang balik. Kadang bukan sebab aku desperate, tapi sebab nak cuba and nak feel that excitement bila dapat barang baru. Dia macam.. suka tau, suka! 🀩


Reality Check : Semangat vs Lupa 🀣
Mula-mula beli tu, semangatnya bukan mahennn ye..
Pagi, tengah hari, malam.. siap ada reminder kat phone. Tapi biasalah aku.. bila dah masuk minggu ketiga, keempat.. mula la “kadang ingat, kadang luperrr.” Ahahaha.. 🀭 Mood nak makan supplement tu kadang ada, kadang ghaib macam ex-boyfriend yang tak pernah reply wasap πŸ˜‚ (gurau keyyy 🀭)

Now, stok supplement aku dah macam boleh buka kedai mini. Ada Vitallean, Vitalex Advance, Herbalife Vit Bio C, Omega minyak ikan, Vit B, kupee bagai. Semua aku sapu.

Eh tapi satu benda yang aku perasan, vit B ni buat aku craving gila. Katanya untuk energy, tapi aku rasa asyik nak mengunyah je weyhhh🀦🏻‍♀️ kitenye nak kuyus, last-last craving makin menjadi. Haihhh ass..syudahhh..


My Goals ✨
Sebenarnya simple je. Aku consume ni semua sebab nak dua benda utama:
1. Kulit cantik, glowing-glowing macam filter. Jerawat sikit-sikit tu biaser lerr.. sebab orang pompuan tiap bulan memang akan naik jerawat 😎
2. Sihat dalaman & luaran, sebab kalau dalam tak sihat, luar pun confirm nampak kusam. Aku percaya beauty comes from inside. Bukan sekadar skincare, tapi apa yang kita makan, minum & lifestyle tu main peranan besar. Korang pernah tak terfikir macam yang aku fikir ni..?


Extra Obsession: Meal Replacement & TikTok Trends 🀭
Lagi satu obsession aku.. meal replacement. Vitallean tu kira my fav la. Kadang aku mix dengan rolled oat, nestum, chia seed bagai.. terus rasa macam “healthy girl era” Ambik time breakfast, at least dapat skip daripada makan yang bukan-bukan. Tapi yang bukan-bukan tu la yang sedap dimakan πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

..Dan jangan sebut pasal tiktok trend.. semua yang hot dekat situ mesti nak try. Tipu la kalau engkorang tak macam ni.. Rolled oat, chia seed, detox water, segala bagai. Semua kau nak sapu. Last-last banyak jugak yang tak termakan sampai nak expired 🀣 Kadang fikir, macam mana laa aku nak makan semua ni. Haihhh . Ghisauu fulak. Tapi aku anggap ni semua tuition fee untuk pengalaman.. Boleh ek cenggitu? πŸ˜‚

Skincare Addiction πŸ‘©πŸ»‍🦰🧴
Hokey, bab skincare fulak.. lagi la parah. Serum, toner, moisturizer basic wajib. Lagi-lagi bila bukak tiktok live. Seller baru cakap “sis, ini produk viral, semua orang guna” Aku pun tanpa fikir panjang terus add to cart πŸ˜‚ ajeee lerrr πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨Memang racun sungguh. Tapi aku rela diracun. Sebab bagi aku skincare ni investment. At least aku tahu aku jaga kulit, takdelah nampak tua sebelum waktunya. Tapi beli yang trusted jelah. Yang mostly product tu ada kat drugstore cam Watsons atau Guardians (tapi kekadang terrrr.. beli jugak product yang bukan-bukan) πŸ˜†


Honest Thought πŸ’­
Orang mungkin cakap aku membazir beli macam-macam. Tapi for me, this is self care. Aku happy bila badan rasa ringan, kulit nampak better, mood stabil & bila skincare buat kulit rasa fresh. That happiness is priceless πŸ’…πŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ€©πŸ₯³ Aku percaya bila kita rasa cantik, sihat & confident, automatically energy tu keluar natural. Kita jadi lebih semangat & yakin. That’s why aku tak pernah rasa bersalah spend untuk diri sendiri. 

So yeah, that’s my little journey with supplement & skincare. Memang banyak aku pernah cuba. Ada yang berkesan, ada yang biasa-biasa. Tapi aku still enjoy the process sebab aku tahu aku tengah invest in myself.

For those yang struggle nak maintain routine supplement or skincare.. chill je. Kadang skip tu normal. Yang penting jangan give up & jangan stop jaga diri. Because at the end of the day.. you are your best investmentπŸ’…πŸ»

"Self-care bukan membazir, itu cara aku sayang diri sendiri"πŸ’…πŸ»


No comments:

Post a Comment

Others Stories to Explore πŸ‘‡πŸ»