Wednesday, 3 September 2025

Antara Gurau & Sindiran Whare's the Line?

"TAWA DAN LUKA DALAM PERSAHABATAN"


Tak semua gurauan itu lucu, kadang ia datang dalam bentuk senyuman tapi sebenarnya menyakitkan. Sedangkan friendship sepatutnya mengubat, bukan menambah luka. Kalau makin banyak sakit daripada tawa, mungkin itu bukan circle yang tepat. Sebab dalam hidup ni, ada kawan yang hadir sebagai cahaya, ada juga yang hadir sekadar jadi bayang-bayang.. dan di situlah pentingnya kita untuk pandai memilih. Kerana perli dalam senyuman dan  gurauan dalam sindiran itu sangat menyakitkan.. sampai bila hati kita mampu bertahan..?





Assalammualaikum and hi readers 🙋‍♀️

Welcome back to my little messy corner of dunia maya. Tempat aku bercerita, tempat aku melepaskan rasa dan fikiran. Kalau ada yang first time singgah, hello and thanks for dropping by. Kadang kita menulis bukan sebab nak menunjuk yang kita ni perfect, tapi sekadar nak meluah.. Writing has always been my safe space.. tempat aku boleh jadi diri sendiri tanpa ada yang judge.
 

Kadang-kadang dalam circle pergaulan ni, ada je kawan yang depan-depan nampak baik dengan kita.. tapi dalam masa yang sama, suka juga selitkan perli memerli yang kononnya bergurau. At first mungkin kita boleh gelak, tapi bila dah selalu sangat, rasa dia dah lain 🥲 Ada yang siap lemparkan senyuman manis, tapi dalam senyuman tu sebenarnya ada terselit kata-kata sindiran. Nampak kecil dan remeh, tapi kalau hati kita yang kena.. benda tu memang boleh jadi annoying dan buat kita hilang mood seharian 🙃


You know what’s worse? Bila gurauan tu dah jadi borderline annoying. Kononnya nak bergurau, tapi sebenarnya menjatuhkan air muka kita, especially bila ada orang lain tengah dengar. Benda yang kita anggap simple pun boleh jadi trigger bila dilontarkan dengan nada yang salah. Tapi kenapa mesti ada orang yang.. main cakap je, tak fikir langsung perasaan orang lain? Kadang siap sound macam ni, "mental kena kuat kalau nak join kita, sebab kita memang bergurau kasar macam ni" ..Like seriously??? 😑 For me, nope..! 

Kita tak boleh pukul rata semua orang akan terima cara kita. Masing-masing ada sensitiviti berbeza, ada background berbeza, ada pengalaman hidup yang tak sama. Cuba kalau benda tu kena dekat diri dia sendiri, aku yakin dia pun takkan suka. Tapi peliknya, bila giliran orang lain terasa, dengan selamba dia boleh jawab "alah gurau je pun" Easy to say, but susah untuk orang yang menanggung rasa.




Personally, aku rasa benda ni so unprofessional and unnecessary. Bagi aku, if dengan kawan-kawan or circle, aku perlu berhati-hati.. Terutama sekali bila nak bercakap. Aku bukan jenis banyak cakap, so aku memang akan fikir sepuluh kali sebelum keluar kata-kata. Sebab aku percaya, sekali kita tersalah cakap, hati orang boleh terluka dalam diam. Dan luka hati tu bukan semua orang pandai sembuh sendiri. Aku ni sehabis baik jaga tutur kata, jaga hati orang sekeliling.. tapi tu la, balik-balik aku yang kena.


Mungkin aku ni terlalu lurus hati. Aku banyak lebihkan perasaan orang daripada perasaan sendiri, sampai ada masanya orang senang ambil kesempatan. Aku jenis yang kalau nampak orang happy, aku pun tumpang happy. Aku suka tengok orang sekeliling aku berjaya, suka tengok mereka capai impian masing-masing. Tapi in return, aku selalu lupa nak jaga hati sendiri. Now aku slowly belajar untuk lebih jaga diri. Not to be cold, but to create boundaries. Sebab bila kita ada boundaries, kita tahu bila nak say yes, bila nak say no, and bila nak walk away. Kita kena balance.. baik dengan orang, tapi jangan sampai hati sendiri hancur 🙂‍↕️


That’s why.. sekarang ni aku sangat selective dalam memilih circle. Aku percaya, quality over quantity. Biarlah circle aku kecil, asalkan vibes dia betul-betul clean. Yes, aku yang tentukan siapa yang boleh rapat dengan aku and siapa yang tak. It’s not about being sombong, but it’s about protecting my mental peace. Kita semua ada kapasiti hati masing-masing. Bila dah cukup penat dengan toxic jokes and energy yang tak sihat, it’s okay to step back. Kita tak wajib stay dalam circle yang hanya buat kita hilang self worth.


Kadang aku terfikir.. orang yang jenis suka perli, suka cakap ikut sedap mulut ni.. adakah sebab dia kurang educated? Atau sebab kurang PR (public relation skills?) Atau mungkin dia sendiri ada luka yang tak sembuh, sampai dia jumpa kepuasan bila sakitkan hati orang lain? Honestly, aku tak tahu jawapan yang tepat. Yang aku tahu, hati manusia ni kalau dah biasa dengan benda toxic, lama-lama jadi kebal. Dan bila dah kebal, dia lupa nak ada empathy. Itu yang bahaya. Tapi yang pasti, kita semua ada pilihan. Sama ada nak terus bertahan dengan perangai macam tu, atau slowly tarik diri demi kesihatan mental kita sendiri.






Keep your circle small but genuine, keep your heart clean and happiness will follow 🫶 Semoga kita semua dipertemukan dengan kawan and circle yang betul-betul membawa kebaikan, bukan sebaliknya. Doa aku, semoga hati kita semua terus dijaga Allah daripada rasa yang menyakitkan dan diganti dengan orang-orang yang buat kita rasa dihargai. Because at the end of the day, friendship is supposed to feel light, not heavy. Pilihlah circle yang buat kita tenang, bukan yang buat kita rasa kecil 🥳✌️


Tuesday, 2 September 2025

My Blogging Journey

"A Quiet Soul with Loud Words"


Assalammualaikum... hi readers 🤗

Welcome to my little messy corner of dunia maya 🙋‍♀️🫶 Tempat aku suka bercerita ikut suka hati aku, tempat aku lepaskan jiwa writer wannabe aku. Kalau ada yang first time singgah.. hello✌️and thanks sebab sudi singgah 🙈 Seriously.. aku bukan sesiapa, bukan famous blogger or influencer. Aku just seorang yang suka menulis, suka bercerita & suka tinggalkan jejak dalam dunia maya ni. 


Kalau kenal aku in real, mesti korang pelik sikit.. Sebab aku ni nampak je happy go lucky.. macam banyak cakap, but.. itu hanyalah luaran sahaja 😂 (sekadar untuk menghiburkan orang sekeliling) 🤗🤗 Honestly, aku ni sebenarnya seorang yang humble tak banyak bercakap and more to listener daripada talker (yang dah kenal rapat & 'sekepala' jelah aku boleh bercakap banyak and keluarkan perangai gila-gila aku ni)🥳 


Dalam circle aku.. aku bukanlah yang paling banyak idea nak share. Aku lebih selesa duduk dengar, observe, gelak kecil bila orang buat lawak 😉 Tapi dalam kepala? Full of thoughts 🥳 Bezanya aku tak reti nak luah in direct. So, writing became my escape. Bila menulis, aku rasa macam ada portal. Aku boleh jadi diri aku tanpa filter. Writing bagi aku macam therapy.. like my superpower 👏💪 Sejak dulu, aku lebih selesa bercerita melalui tulisan. Dari situlah bermulanya journey aku dengan blogging. It’s my safe place.. tempat aku simpan cerita, moment dan rasa hati yang kadang susah nak aku ucapkan. That’s why blog ni wujud. Haaa.. gittuwww 😚 (panjang sungguh intro aku kan? 😆)


Kadang-kadang aku rasa, blog ni macam diary kecil yang aku buka untuk orang baca. Bezanya, diary biasa tu aku kunci and simpan bawah bantal 😆 Blog ni aku buka untuk semua orang baca. Sape yang jumpe..jumpe lah..😉 Itu specialnya blogging. 


Flashback sikit.. 
Aku mula blogging sejak tahun 2010 lagi. Oh my.. Sape pernah lalui zaman tu mesti tahu vibe dia 🥳 Masa tu zaman blog tengah hype, memang golden era untuk blogger. Kalau scroll bloglist masa tu, macam-macam cerita ada. Ada yang share pasal study life, ada yang buat blogshop, ada yang tulis pasal love story, and ada juga yang tulis pasal resipi. Siap berlumba-lumba nak buat template cantik, letak widget pelik-pelik, pasang lagu autoplay lagu Yuna & Hujan. Kadang ade yang letak lagu jiwang 😂 


Aku pun join sekali. Aku tulis macam-macam.. like kisah harian, cerita suka duka (tak boleh bla ek 🤣) Kadang random thoughts 🫣 Excited gila setiap kali publish post, tunggu komen masuk. Kadang dapat komen random pun happy macam menang hadiah. That era was fun 🥳 Time tu memang hype gilosss. Ada yang join GA (giveaway), tukar banner, blog walking setiap malam, tinggalkan jejak kat shoutbox.. Serius, rasa macam ada small community yang sangat rapat walaupun tak pernah jumpa. 

Remember template-template cute yang ada background polkadot, header berkilat.. Siap ada cursors comel bentuk love tu.. 😍😍 Kalau sekarang jumpa blog yang masih ada cursors comel tu, rasa macam throwback terus ke zaman blogging dulu-dulu.. priceless 🥰 Tapi sekarang benda tu semua dah makin hilang, jarang sangat jumpa. Now.. blog pun dah simple and minimal, tak banyak widget macam dulu. Semua evolve ikut zaman 🥲 

November 2011 aku kahwin.. then lepas tu hidup aku berubah fokus. Dari rutin single terus jadi life partner.. Adapt dengan new life as a wife. Yup, aku lebih banyak habiskan masa dengan dunia rumahtangga, belajar memasak and ofcoz sibuk dengan kerja. Slowly, aku jarang update blog. Dari seminggu sekali, jadi sebulan sekali. Lama-lama terus senyap, hilang macam tu je.. Bertahun juga aku hilang dari dunia blogging.

2015.. aku aktif semula, tapi tak lama.. Sebab waktu tu aku sibuk uruskan anak-anak yang masih kecil, dengan kerja, dengan nak uruskan rumah, masak, kemas etc. Aku takde masa nak berblog. Ada satu masa tu aku sendiri rasa hilang identiti as a blogger. Like, "ehh.. dulu rajin gilos berblog" tapi real life memang macam tu kan.. priorities shift. Bila tengok orang lain still berblog.. dalam hati kata, "bestnya.. bila la aku nak comeback" 


..And now, 
Aku kembali berblog, even though zaman sekarang orang lebih banyak kejar social media like IG reels, TikTok trending, YouTube vlog. Tapi aku still pilih blog, sebab aku memang suka menulis panjang dan biarkan cerita tu hidup dalam bentuk entry. Bagi aku, blog ada sentimental value yang media lain tak boleh ganti. Blog is not just words on the screen. It’s more like a reflection of siapa diri kita, how we see life and the little things yang kita rasa worth sharing. Aku suka ada space untuk bercerita in details, bukan sekadar satu caption pendek.. means jadi macam memory lane yang aku cipta sendiri.


Blog ni asalnya ada lebih 2++ entries, tapi seiring masa berjalan, aku byk tapis & delete. Tinggallah beberapa entry yang refined utk korang baca. Kikiki.. Bukan apa, dulu-dulu punya story bila aku baca balik.. aku malu sendiriiii 😆🤣

Kadang-kadang aku sendiri curious.. bila orang stumble upon blog aku (maybe sebab ada kawan share link, atau terbuka masa tengah scroll sana sini..) Apa sebenarnya mereka nampak tentang aku as the writer? Mungkin mereka akan nampak aku ni.. authentic & honest (ececehhhh, kononnyerrr 😆) coz aku bukan jenis nak tulis benda yang terlalu perfect. Life is not perfect pun kan? Apa yang aku rasa, apa yang aku alami, kadang kelakar, kadang random.. itu yang aku tulis. Tulisan jujur ni selalunya lebih dekat dengan hati orang. 

Mungkin juga orang akan fikir aku ni storyteller at heart 🤩🤩🤩 Sebab aku suka bercerita, like benda simple macam makan kat kedai, travel short trip, atau moment kecil sehari-hari.. bagi aku semua tu ada value untuk dikongsi. Aku percaya gaya aku menulis automatically reflect personality aku. Cara aku pilih perkataan.. aku selitkan bahasa Melayu and bahasa Ingeris, cara aku buat ayat panjang pendek, expressions yang aku guna.. semua tu reveal siapa aku (bagi aku lah kan) ahahaha 🙈😆

So, even kalau readers tak kenal aku secara real life, mereka still boleh 'rasa' vibes aku. Sometimes cerita tu buat orang senyum, sometimes buat orang rasa "eh aku pun pernah lalui benda ni" Haa.. cenggitu. That’s the beauty of blogging. Bukan sekadar content.. it’s about creating connection, spreading vibes and sometimes.. just leaving a little spark in someone’s day. It's about sharing and keeping memories alive. Kita tak tahu entry mana yang akan buat orang lain senyum, terinspirasi atau at least rasa "oh aku tak kesorangan"

At the end of the day, bila orang baca blog aku, aku harap mereka nampak aku sebagai seorang yang.. simple, real, humble, ada cerita sendiri dan sudi berkongsi. Kalau korang dah baca sampai sini.. Aku nak ucapkan thank youuuuu so muchhhhh sebab sudi baca sampai habis 🤩🥳🙈🥰🙋‍♀️ Hope you enjoy the little stories kat sini. Who knows, maybe kat blog aku ni ada satu cerita yang buat korang senyum atau ingat balik journey sendiri 🫶

Till then, 
See you in my next entry 🥳

Monday, 1 September 2025

SR Crispy Chicken Salad

Salad Secret Recipe Viral TikTok.. Worth It or Just Hype?

Guysss.. 🙋 

Korang yang selalu scroll TikTok tu, ada perasan tak lately orang asyik share pasal salad kat SR? Actually sekarang ni memang musim salad tengah jadi bualan kan? Selain SR, ada jugak salad lain yang turut sama viral kat TT.. macam Subway Salad yang senang nak grab on the go, Tofu Salad dari 4Fingers yang hipster sikit vibe dia, and kalau masuk Coffee Bean.. korang boleh jumpa Chicken Waldorf Salad yang nampak classy dengan apple + walnut tu. Fuhhh.. macam-macam adaaa 🤩

So memang banyak sangat pilihan sekarang, tapi SR punya salad ni yang paling tengah hype kat TikTok. Kat FYP penuh weh 😃 Ada Crispy Chicken Salad, Caesar Salad, and kalau ada budget lebih nak add on boleh pilih salmon, shrimp atau crispy beef strips sekali.




Aku pun tak nak ketinggalan, kebetulan hari Rabu kelmarin aku tak banyak kerja, boleh chill-chill je so aku decide lepak SR, nak makan salad (konon-kononnya laa..)😆 Bila tengok menu, rambang mata juga nak pilih.. Last-last aku order Crispy Chicken Salad sebab curious hari tu asyik lalu je kat wall menu ni.. Ofcoz lah aku nak try. 
Acah-acah je kan.. Janji tak FOMO (fear of missing out). Just try for fun je.. Harga not bad, portion pulak memang betul banyak macam yang viral tu.




Yes, portion dia memang banyak, puas hati dari segi kuantiti. First impression memang nampak wow. Tapi.. honestly bagi aku rasa dia not bad. Cuma crispy chicken dia kecik-kecik tak macam yang viral kat TT 🙃 Gabungan sos dia pulak macam tak kena rasa, macam ada something missing.. Tak tahulah kalau lain branch lain rasanya.




Yang kelakarnya, konon-konon datang sini just nak makan salad je, tapiiiii.. terus rasa macam bukan diet sangat pun 😂

Whyyyy...?
Sebab aku ada order menu lain juga 🤣🤣 Ahahaha.. Dia kalau nak betul-betul feel diet mode, takde nye la nak add on menu lain kan..? Kikiki.. aku tak boleh la, yelah dah masuk SR kan ofcoz la mata ni pandang kek.. bak kata pepatah "wanita dan dessert berpisah tiada" aaatiberrr.. ntah pepatah dari mana ntah, aku je yang memandai create 😆




Tengoklah tu.. 🤩🤩 macam manalah iman aku tak terrrr...guwww...garttttt..? Kek semua sedap-sedap uitttt 😋😋😋 
“Sepotong cheesecake mampu buat dunia terasa lebih manis” Manis machiam saiyaaa.. tibahhhh 🙈🙈🙈





So persoalannya sekarang.. salad SR ni memang truly delicious, or maybe just TikTok hype je? Aku pun tak berani nak claim lebih sebab selera kita semua lain-lain kan 🤔 Kalau korang tanya aku, flavour.. wise biasa je. Tapi kalau korang jenis suka portion banyak, makan salad pun boleh kenyang, then mungkin sesuai dengan selera korang.



Aku makan ni pun tak habis.. Even kureng sikit bagi aku, tapi untuk menu-menu lain overall ok je. Sedap and macam biasa portion memang banyak.

Bab kek pulak, SR memang nombor syatuwww! 🥇🏆
Tak perlu diperjelaskan lagi.. semua jenis kek dia memang sedap belaka. Untuk salad, maybe next time aku try version salmon or shrimp pulak.. kot la lagi padu. Kalau ada yang dah try, spill the tea pleaseee 🙈


Closing Thoughts
Overall, bagi aku salad SR ni memang worth untuk try at least once, sekadar nak join the hype & rasa sendiri apa yang viral kat TikTok. Kalau kena dengan selera, maybe korang akan repeat order. Kalau tak pun, at least boleh tick dalam checklist “pernah try” ✔️

Tapi.. kalau korang betul-betul craving nak makan kat SR, honestly better fokus pada menu signature dia yang lain or terus go for the cakes. Itu memang confirm padu, tak pernah mengecewakan 😍

My Verdict:
📌 SR Salad 👉 big portion + hype factor
📌 SR Cakes 👉 the main reason we just can’t move on 🍰

So next time masuk SR, jangan stress nak fikir nak try salad ke tak. Order je ikut mood & craving masing-masing. At the end of the day, yang penting kita enjoy the food & the moment 🥳


Others Stories to Explore 👇🏻