Friday, 29 August 2025

Kari Kambing Berangan in Muar

Kari Kambing Berangan Muar’s Hidden Gem!

Kalau sebut Muar, Johor.. most people akan terus fikir Mee Bandung Muar right? Memang tak dinafikan itu signature yang orang kenal sejak dulu. Tapi bagi aku, Muar ni sebenarnya ada banyak lagi hidden gems yang belum semua orang discover. Bandar kecil ni penuh dengan kedai makan yang ada karakter tersendiri..

..dan salah satunya, Restoran Kari Kambing Berangan πŸ€©πŸ‘



First time dengar nama restoran ni pun dah buat aku curious. Nama dia catchy, unik dan senang nak ingat. Then bila dengar tagline trademark dia.. “Nak berangan… mariiiiiiii!” Haa.. sekali dengar terus melekat. Honestly, tagline tu bukan sekadar gimmick. Lepas aku try sendiri makan kat sini, baru aku faham kenapa ramai yang sanggup repeat, siap bawak family, kawan-kawan, jiran-jiran & geng officeπŸ‘πŸ‘πŸ‘


The Star of the Show, Nasi Kuning + Kari Kambing
The highlight here is ofcoz nasi kuning + kari kambing. Kedengaran simple, but trust me.. rasa dia memang lain daripada yang lain. Nak kata nasi briyani, bukan briyani.. tapi ada soul & uniqueness dia yang tersendiri. Bila digandingkan dengan kari kambing pekat yang kaya dengan rempah, memang perfect combo πŸ˜‹ Kari dia pun lain daripada yang lain. Kalau nak tahu lain yang macam mana, korang kenalah datang dan cuba sendiri.



First suapan je, terus terasa “comfort + wow factor” dalam satu pinggan. The rice itself is cooked to perfection beras basmathi, fluffy, berderai, tak keras and paling penting tak muak langsung walaupun portion dia banyak. The kind of meal yang bukan saja buat kenyang half day, tapi boleh tahan sampai ke next day. Aku pernah order set nasi + rusuk kambing, and guess what..? aku kenyang satu hari terus. Dinner pun skip, esok paginya baru rasa lapar. That’s how generous portion dia. Betul-betul banyak πŸ₯³

Harga pun berbaloi sangat dengan apa yang kau akan dapat.. portion besar, rasa padu.. memang worth every cent. 




Yang aku makan ni set nasi + rusuk kambing. Ada disertakan sekali papadom, kuah sambal air asam, tak lupa juga ada garlic sos creamy untuk balance kan rasa, plus salatah bagi efek crunchy & fresh. Rusuk kambing pun besar, serve panas-panas. Perfect.. complete set πŸ˜‹ 


Other Menu Options
Menu kat sini bukan limited to kari kambing je. Ada banyak pilihan lain yang confirm worth to try:

Set nasi kuning + ayam ros, ayam goreng

Nasi ayam penyet (ada pilihan lauk lain like ikan tilapia)

Soto (yang ni aku dah repeat banyak kali, comfort food betul. Kuah dia pekat and cukup rasa.. tak over minyak, portion pun banyak)

Set lempeng & lempeng kelapa (sesuai kalau nak sarapan ringan)

Roti arab (perfect kalau nak breakfast santai)

Rare menu macam set nasi kuning + lamb shank, rusuk lembu, rusuk kambing. Kalau craving heavy meal, memang puas hati.

Set talam pun ada banyak choice.


Even waktu pagi pun restoran ni dah serve menu berat tau. If datang waktu pagi, jangan risau sebab semua menu-menu dia dah ready. So kalau bangun pagi, tiberrr ter...craving nasi kari kambing berangan pun takde hal.. walk in je terus. Kalau korang jenis yang skip lunch pula, inilah port makan korang.. Breakfast merangkap lunch terus, kan senang.. Kat sini bukan waktu lunch  je crowd,  time breakfast pun penuh dengan orang yang nak start day dengan makanan padu.. 


 

Service & Vibes
Another point yang aku suka tentang restoran ni adalah layanan staf dia. Ahaa.. nak tahu sebab apa..? 

Masuk-masuk je restoran, staf dia semua siap dengan owner sekali serentak sambut kita dengan ucapan “Selamat datanggggg” dengan tone panjang πŸ₯³ Meriah bethol.. Sebagai customer, ofcoz kita rasa dihargai. Bukan sekadar sambutan awal je, sepanjang makan pun staf dia memang alert. Senyum tak lekang. Service pun cepat, tak ada muka masam atau buat endah tak endah. 

Lepas makan & bayar, masa nak keluar pula.. sekali lagi mereka akan wish “Terima kasihhh, datang lagiiii” Panjang bethol ekor belakang dia sampai boleh senyum sorang-sorang dibuatnya πŸ˜‚ Tapi kan, trust me.. benda macam ni lah yang buat customer rasa nak datang lagi. Staf semua friendly, confirm customer senang hati dan sukaπŸ₯³ Cuba bayangkan.. kalau pergi restoran yang staf nya muka masam mencuka, buat kerja hentak-hentak, korang sebagai customer suka tak..? Confirm tak akan repeat lagi kan..πŸ˜† Bak kata pepatah orang dulu-dulu, “orang berbudi, kita berbahasa.” Haa gittuw 😊
 


Benda macam ni simple je sebenarnya, tapi memberi big impact dekat keseluruhan experience. It sets the mood, rasa macam makan kat tempat yang lively, friendly and penuh positive vibes. Dari awal sampai habis, memang kita automatically jadi lebih selesa nak enjoy food sebab suasana tu dah “warm up” kita. Kadang-kadang kan, even kalau makanan tu sedap gila sekalipun, tapi kalau service cold or tak mesra, terus mood down. Tapi dekat sini, vibe dia seimbang.. makanan padu & layanan tiptopπŸ‘

Lagi satu, bila staf dan owner sendiri sama-sama greet customer dengan penuh energy, kita boleh nampak dorang genuinely enjoy buat kerja. Itu yang buat restoran ni lain daripada tempat lain. Kita bukan sekadar datang nak makan, tapi kita dapat rasa hospitality tu. In short, the service & vibes here turn your dining experience into something memorable, bukan sekadar “makan dan balik” semata.

So, untuk Restoran Kari Kambing Berangan ni, aku respek 🫑


Owner yang Inspiring
Kalau kau follow page Kari Kambing Berangan (cuba korang cek dah follow ke belum? Kalau belum, boleh tekan link merah tuπŸ‘ˆ) memang boleh nampak owner dia jenis yang humble dan tak kedekut ilmu. Dia selalu share video, tips masakan, resipi and cara handle big orders. Imagine masak nasi portion besar tapi still maintain rasa sama, that’s not easy tau. Bukan senang nak masak dalam kuantiti yang banyak.



Lagi impressive, dia masih muda tapi skill dan konsistensi dia cenggini πŸ‘ For me, that’s inspiring. Not just pandai run business, tapi juga rajin share knowledge dengan orang lain. That makes the restaurant lebih daripada sekadar tempat makan, but ada nilai sharing & inspiring sekali. Tahniah anak muda πŸ‘


Sesuai untuk Semua
Overall, for me.. restoran ni sesuai untuk family, couple, student ataupun geng office lunch. Senang cite sesuai untuk semua. Lokasi dia pun memang strategic kat tengah bandar Muar, so memang jadi port wajib especially waktu lunch. Tambah pulak ramai penjawat awam area sini, so peak hour memang akan meriah.

Parking pun senang, kawasan luas. So tak perlu risau nak pusing lama cari lot kosong sebab kawasan restoran ni memang luas & convenient. Salah satu sebab kenapa aku suka makan kat sini.. sebab aku sejenis yang tak suka nak cari parking πŸ˜† 

Dan yang paling aku happy, aku berjaya racun a.k.a hasut family, kawan-kawan & jiran-jiran aku datang restoran ni πŸ₯³πŸ‘ Ahaaa.. yelah, benda rare & sedap ni mana boleh makan sorang.. kan? Food is always about bringing people together πŸ€—


Verdict
So guys, kalau datang Muar.. atau korang memang orang Muar yang nak cari port makan sedap, harga berbaloi & layanan staf nya bagus.. bolehlah datang sini. Jangan sekadar lalu je. Mee Bandung memang legend, tapi kari kambing kat sini pun dah layak diangkat jadi new signature dish. Aku dah try, and aku dah berjaya racun a.k.a hasut family, kawan-kawan, jiran-jiran and now.. it’s your turn fulaksss guysss..

Tak mustahil suatu hari nanti restoran ni akan lebih viral & jadi ikon makanan Muar, sama macam Nasi Lemak Lobster kat JB yang orang sanggup drive jauh-jauh semata-mata nak try. Soon, orang akan cakap.. “Kalau ke Muar, wajib singgah Kari Kambing Berangan!” πŸ”₯
Trust me, sekali cuba.. confirm nak repeat πŸ₯³


πŸ‘‰ Worth it? Definitely YES ✅


πŸ“ Lokasi: Jalan Ibrahim, betul-betul berhadapan dengan TM Muar dan sebelah Klinik Pergigian Dental Ideal.
Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang (Tutup setiap Jumaat).


Nak berangan? Mariiiiiiiiii! 😍πŸ”₯

Tuesday, 26 August 2025

Nasi Lemak Lobster JB

Finally Checked ✅

Kalau sebut Johor Bahru, memang banyak port makan yang viral. Setiap kali turun sini, mesti ada je port baru yang trending kat media sosial. Kali ni, aku decide untuk tick off satu tempat yang dah lama dalam wishlist.. kat mana..? Nasi Lemak Lobster JB πŸ₯³

Kalau tengok kat social media, nama restoran ni memang tak asing lagi. Kat TikTok, Facebook, Instagram.. semua dah viral and penuh dengan video Abang Lobster.. the famous owner dengan trademark tagline dia yang syelaluw dia repeat “besar-besar bas.. sambal mak-mak.. mega 888, mega narden.. Rahmat mega..” segala jenis mega dia sebut πŸ˜† Ramai artis & influencer pun dah datang.. sampai orang kata kalau tak singgah makan sini, memang belum cukup ‘updated’ gittuwww πŸ˜„

..Bukan selalu dapat peluang turun JB. Kebetulan ada kerja kat Gelang Patah, datang pula dengan family.. why not kita singgah terus kan..? Nak la juga try nasi lemak lobster yang viral tu, asyik tengok kat tt je..🀀 Bayangkan.. nasi lemak makanan kebangsaan kita, digandingkan pula dengan lobster. Bunyi pun dah fancy kan..? 




Variety Menu

First glance kat menu pun dah rambang mata. It’s not just about lobster.. dia ada macam-macam jenis nasi lemak premium yang rare. Harga? Boleh tahan juga.. tapi honestly still reasonable considering portion & jenis hidangan yang kita dapat. Menu pun bukan biasa-biasa.. banyak pilihan, antaramya..

•Nasi lemak lobster 🦞
•Nasi lemak king crab πŸ¦€
•Nasi lemak udang galah 🦐
•Nasi lemak sotong πŸ¦‘
•Nasi lemak ikan siakap 🐟
 
Western menu like chicken chop, fish & chips, chicken grill pun ada..
Tak lupa dessert.. ada pulut mangga & few others. Honestly, memang meriahπŸ₯³ Confirm siapa datang dengan family atau kawan-kawan, semua ada pilihan masing-masing.

Apa Yang Aku Order..?

Ofcoz lah Nasi Lemak Lobster.. dah sampai sini kan, tak sah la kalau tak try signature dia.. πŸ₯³ Selain tu, aku tambah juga nasi lemak ikan siakap & nasi lemak sotong. Anak-anak pulak demand western.. so chicken chop, fish & chips jadi pilihan. Pulut mangga pun aku order juga.


             

First Impression..? 

Masa sampai je hidangan, terus impressed dengan portion. Memang banyak dan puas hati. Nasi lemak dia guna beras basmathi tau, bukan yasher-yasher.. so ada feel premium gittuw. Sambal pulak memang style sambal 'mak-mak' cukup rasa, bukan jenis yang over manis atau over pedas.

Yang paling menarik, hidangan nasi lemak ni di serve dalam bekas ala bakul. Lobster pula siap dicurahkan garlic/white sauce kat atasnya. The combination of spicy sambal + creamy garlic sauce tu memang lain dari yang lain, but surprisingly ngam πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» 


         

Then untuk menu nasi lemak siakap, ikannya besar. Bak kata Abang Lobster "besar-besar bas" πŸ₯³ ada juga diberikan sambal kicap sekali. Serius, makan siakap crispy cicah sambal kicap dengan nasi lemak..memang next level funyerrr syedapppπŸ‘πŸ»πŸ₯³

Nasi lemak sotong pun besar. Juga diberikan sambal kicap untuk cicah. Memang kena laa.. ada telur lagi. Memang kenyang la menu-menu kat sini..


            

The Famous Abang Lobster

Part best, dapat juga jumpa dengan Abang Lobster πŸ“Έ Kalau tengok dia live kat TikTok, memang sama vibe dengan in real life.. sempoi & suka cakap tagline tagline dia tu. Meriah suasana kedai bila ada dia. Dengan busy buat live.. interview sana sini, nyempat juga dia melayankan customer yang nk ambil gambar dengan dia. Adik aku je yang bergambar dengan dia, jadilah kan.. at least ada kenangan. So kalau orang tanya nanti, bolehlah jawab dengan bangga.. “Yes, I’ve been there!” ahaksss πŸ˜‚ Kalau tanye diva AA (Azwan Ali) mesti dia cakap camni.. "ko mampu..dapat ambil gambar dengan Abang Lobster..? see my level.. the world class only" ahahaha tiberrr.. πŸ˜†




Tips Kalau Nak Pergi πŸ“

Kalau korang plan nak singgah sini, few things to keep in mind:

1. Timing.. Better datang awal sikit, especially weekend. Selalu ramai orang & kena tunggu lama. Malam pun ramai ye..

2. Parking.. Ada parking tapi cepat penuh, so consider datang off-peak hours.

3. Expectations.. Jangan compare dengan nasi lemak RM2 tepi jalan. Ini konsep premium, so datang dengan mindset nak try unique experience.

4. Menu.. Kalau bukan penggemar lobster, banyak lagi pilihan lain. Sotong, siakap, udang galah & western pun best.

5. Budget.. Harga memang atas sikit dari biasa, but sesuai dengan portion & lauk yang kita dapat.

             

Verdict Worth It or Just Hype?

So, apa conclusion lepas first try? Honestly, untuk aku personally worth to try at least once. Portion besar, lauk fresh, sambal sedap, menu banyak pilihan. Harga memang boleh tahan, tapi still reasonable kalau tengok apa yang kita dapat. Plus, experience makan nasi lemak with lobster tu memang tak sama dengan nasi lemak tepi jalan 🫦

Kalau korang jenis foodie yang suka join the hype, suka benda unik & Instagrammable, this place memang sesuai. Lagi-lagi kalau datang JB, at least sekali kena tick dalam list. Tapi kalau korang more into “authentic simple nasi lemak daun pisang tepi jalan” mungkin akan rasa tempat ni agak overrated.




πŸ‘‰ Overall 

I’d say it’s not just about the food, but the whole experience.. vibes restoran, menu meriah, chance jumpa Abang Lobster sendiri, and the hype that comes with it. Untuk aku, at least sekali seumur hidup memang kena try. Lepas tu nak repeat or not, depends on taste & budget masing-masing lah kan πŸ˜‰

So yeah, another viral spot in JB checked off my list. Kalau ada peluang repeat, maybe I’d try menu lain macam king crab or udang galah pulak. For now, puas hati sebab dapat rasa sendiri instead of just tengok kat TikTok. Sometimes it’s not about ikut trend semata-mata, tapi lebih kepada collecting experiences & memories. And this one definitely worth the story.






Monday, 25 August 2025

Short Trip Cameron Highlands

Spontaneous Short Trip to Cameron Highlands

Kenapa Cameron tak pernah boring walaupun dah repeat banyak kali?

Honestly, aku sendiri pun tertanya-tanya benda tu setiap kali naik sini. Maybe sebab udara sejuk..? maybe sebab view ladang teh hijau yang healing.. self pick strawberry..? atau maybe sebab vibe night market yang penuh chaos tapi fun..? Yang pasti, Cameron ada “charm” yang buat orang keep coming back, termasuklah aku.



Trip kali ni pun sebenarnya bukan plan asal. Lepas check out dari Lexis, konon nak terus ke Colmar Bukit Tinggi. Tapi dalam perjalanan, tiba-tiba rasa nak tukar mood. Without overthinking, terus je decide naik Cameron Highlands. Ahaha, cenggitu je 🀭 Tapiiii… selalunya trip spontan macam ni lah yang jadi the best memories. Kadang-kadang, the most memorable trips are not the ones we plan for months, but the ones that happen spontaneously. Macam short vacay aku kali ni πŸš—πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨




Cameron Highlands memang tak pernah fail untuk buat hati rasa tenang. Walaupun ni dah kali ketiga aku datang, every trip feels different. Angin sejuk, makanan viral, tempat viral, jalan sempit naik bukit yang penuh cabaran tu pun jadi part of the story. Belum kira view ladang teh, bau segar pokok-pokok pine, vibe night market, spot-spot ootd semua tu buat Cameron ada aura tersendiri.



Day 1: Arrival & Night Market Vibes

Kami sampai lebih kurang pukul 6.30 petang. Masa on the way dah survey hotel kat Agoda & Booking.com, tapi biasalah, weekend memang full house. Last-last, kami walk in je mana-mana hotel yang available alang-alang dah nak masuk Maghrib. Tak kisah la fancy ke tak.. janji ada tempat tidur. Tipulah kalau kata tak stress, tapi sometimes the unplanned moments tu lah yang buat trip lebih adventure.

Plan asal nak dinner kat Restoran  Highland Tom Yam.. (viral kat tiktok) Tapi empat kali round still tak dapat parking, queue pun panjang. Last sekali, kami makan dekat kedai tepi jalan saja. Simple je menunya, tapi bila lapar semua pun rasa sedap πŸ˜…



Lepas dinner, kami terus ke Centrum Night Market. Nak masuk pun struggle sebab parking memang limited. Dua kali round baru jumpa spot kosong. Kalau datang weekend memang kena prepare mental. Jalan jem, parking susah, crowd ramai.. bertabahlah ye.. Tapi bila dah sampai, auto terus hilang penat tu.



Dekat night market ni memang meriah. Ramai sangat orang. Macam-macam ada.. souvenirs, toys untuk anak-anak, baju, strawberry, street food. Kami tak beli makanan sebab perut masih full, tapi anak-anak excited beli keychain & toys untuk cikgu & kawan-kawan sekolah. Aku pulak lebih enjoy jalan-jalan sambil cuci mata, ambil gambar, record video.. The vibe memang best πŸ₯³ campuran bau makanan, bunyi orang tawar-menawar, lampu warna-warni. That’s the kind of chaos I don’t mind.


Day 2: Breakfast with a View at Cameron Valley 

Pagi esoknya, seawal 8 pagi kami check-out hotel. First stop.. Cameron Valley Tea House. Walaupun keluar awal, tapi sampai-sampai je orang dah ramai. Tapi nasib baik sempat dapat meja.



Breakfast sambil menghadap view ladang teh yang hijau terbentang luas dengan udara sejuk pagi.. sambil minum teh panas, scones dan nasi lemak.. honestly priceless πŸ₯³Trust me, moment simple macam ni yang buat trip terasa lebih enjoy & healingg habis..




Lepas breakfast, kami turun ke ladang teh naik buggy. Harga tiket RM25 untuk dewasa & RM15 untuk kanak-kanak. Worth it sebab pemandangan dari bawah memang lain vibe dia. Udara segar dan pemandangan ladang teh yang menghijau.. Banyak port bergambar yang cantik, sesuai sangat kalau nak OOTD.



Throwback kejap: masa aku pergi  tahun 2021, cafe bawah tu belum ada. Sekarang dah ada mini cafe  & ada stall cantik siap jual aiskrim. Tapi harga dia memang “Cameron standard" lah.. 1 scoop RM10, 2 scoops RM18. Beli untuk anak-anak semua, memang rasa nak gelak je tengok total πŸ˜…. Tapi once in a while, why not kan? Bukan syelaluww..


Next Stop: Agro Market, Jem Panjang Tapi Worth It

Next stop kami ke Agro Market. Perjalanan ambil masa lebih 2 jam sebab jem teruks (2 jam yee guyss, bukan 20 minit) Seriously, ada rasa nak u-turn je. Tak sanggop bethol nak hadap jem panjang-panjanh camni. Tapi bila dah sampai, okey tak jadi nak u-turn sebab view kat agro market syantikkkk 🀩


Agro Market ni memang family friendly. Tiket masuk around RM25 untuk dewasa & RM15 untuk kanak-kanak. Kat dalam ada macam-macam. Ada mini santorini, taman bunga, mini zoo, bird sanctuary, food court, cafe, souvenirs, fresh produce macam strawberry, sayur, jagung, bunga segar & macam-macamlah. Standby duit aje..




Anak-anak enjoy & explore, aku pula happy sebab banyak spot cantik untuk ambil gambar. Kalau kau jenis suka ambience santai & family bonding, tempat ni memang sesuai. Senang sebab kat sini semua ada. So tak perlu pergi banyak tempat. 



Final Thoughts

Kalau ikutkan, trip kali ni pendek je. Tapi padat dengan pengalaman. Dari jem yang buat sabar kena uji, struggle cari hotel last minute, sampai ke moment simple macam breakfast dengan view hijau Cameron, semua tu buat trip jadi memorable πŸ₯³

Cameron ni memang ada “healing element” yang susah nak explain. Every trip feels new, walaupun repeat banyak kali. Maybe sebab vibe dia yang tenang, udara sejuk, atau mungkin sebab memori yang kita cipta sendiri kat sini. Apa pun, aku tahu satu je.. Cameron ni tempat yang aku akan datang lagi dan lagi ✌🏻


Travel Tips kalau nak ke Cameron (based on my experience):

1. Avoid weekend & public holiday kalau boleh.. trust me, jem dia boleh buat hilang mood.

2. Book hotel awal (via Agoda, Booking.com or hotel website terus)  walk-in risky sebab cepat penuh.

3. Parking memang struggle, so better jalan sikit daripada stress pusing lama-lama.

4. Bawa cash secukupnya sebab tak semua tempat ada QR/card.

5. Pakaian comfy & kasut selesa sebab banyak walking required.

6. Strawberry, coklat & sayur fresh better beli masa nak balik, senang nak bawa turun sekali.

7. Be flexible dengan plan.  Coz sometimes tempat viral full/jem, so just chill & go with the flow.


How about you guys? Dah berapa kali repeat Cameron? Korang team makan strawberry + coklat, team tea lover, atau team shopping souvenirs?

For me, this is my 3rd time here & trust me, Cameron never gets boring. Jem tu just extra, sebab the real deal is the priceless view & healing vibe 🫢🏻"

Orange Cake Nostalgia: Rasa Kek Zaman Dulu-Dulu πŸŠπŸŽ‚

 
Throwback Vibes: Orange Cake πŸŠπŸŽ‚

Minggu lepas ada jemputan Yassin kat rumah jiran belakang. Biasalah kan, bila ada majlis macam tu bukan setakat nak beramah mesra, tapi perut pun dapat jamu benda sedap-sedap πŸ˜‹ cheat day lah kiranya πŸ˜† Lepas makan nasi beriani, mata ni sempatlah jeling ke arah dessert table yang penuh dengan macam-macam kuih dan kek. Antara yang ada.. brownies, kuih koci, and the star of the day (for me la kan) πŸ‘‰ kek oren πŸŽ‚πŸŠ

First bite je terus rasa macam kena teleport balik zaman budak-budak dulu. You know that feeling kan, bila rasa makanan tu automatically remind you of childhood? Nostalgic gila 😭 Kek tu moist, rasa oren dia not too strong, not too sweet, just nice. Lepas balik rumah, haaa mula la.. asyik teringat je rasa kek oren tu. Kalau dibiarkan, boleh jadi tak senang duduk dibuatnya. Typical perempuan la kan, selagi tak dapat selagi tu lah tak tenang hati πŸ˜†

So.. I told myself.. tak boleh jadi ni, I HAVE to bake it. Kalau tak, esok lusa tulat pun masih terbayang-bayang. Challenge acceptedπŸ’ͺπŸ₯³


My Experiment in the Kitchen πŸ‘©πŸ»‍🍳πŸ₯£ 

Berbekalkan memori rasa yang masih segar dalam kepala & baking basic yang aku ada..(ececehh) πŸ˜‚ aku pun cuba recreate kek oren tu. Tak ada resepi rasmi pun sebenarnya, just agak-agak ikut taste. Kek tu moist ofcoz guna teknik cairkan butter. Pastu ada rasa parutan kulit oren.. that’s the secret yang buat kek ni ada kick πŸ˜‹

Masa tengah buat tu, serious nervous jugak. Maklum lerr dah lama tak mem..baking 🀭 Tapi ikutlah langkah simple.. cairkan butter, pukul telur dengan gula sampai gebu, campur sikit parutan kulit oren and of course a splash of Sunquick (yeah, that childhood orange drink yang semua orang kenal tu 🀭)



Guess what..?

Tak sangka jadi weyhhhπŸ₯³ 🀸🏻‍♀️🌈🀸🏻‍♀️
First bite je terus senyum sorang-sorang dalam kitchen. Rasa dia memang sebijik sama macam yang aku makan kat rumah jiran, malah sama macam kek zaman dulu-dulu. Bezanya cuma rupa dia tak berapa instagrammable la πŸ˜† Tapi well, looks don’t matter.. yang penting RASA, even tak cantik pun kejadiannya.. tapi rasa dia win πŸ’―πŸ’ƒπŸ»πŸ€ΈπŸ»‍♀️🫦 

And yes, bila craving tu dah settle, hati pun tenang. Mission accomplished (beri tepukan pada diri sendiri πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»)

Nak cuba jugak? Here’s my version of the recipe.. simple, tak complicated, and confirm sedap.

ORANGE CAKE RECIPE πŸŠπŸŽ‚

Bahan-bahan:
•150 gm mentega (dicairkan)
•115 gm gula kastor
•3 biji telur gred A
•3 sudu makan jus Sunquick
•160 gm tepung gandum
•1 sudu teh serbuk penaik
•1 sudu teh esen vanilla
•Sedikit parutan kulit oren (ikut suka nak banyak mana)

Cara Membuat: 
1. Pecahkan telur, masukkan gula kastor dan esen vanilla. Putar hingga betul-betul kembang.

2. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan, selang-selikan dengan jus Sunquick. Kacau perlahan guna spatula je, jangan overmix.

3. Masukkan butter cair, kacau rata. Last sekali masukkan parutan kulit oren.

4. Tuang adunan ke dalam loyang 6x6” yang dah dilapik kertas minyak.

5. Bakar pada suhu 170°C selama 30-35 minit, atau sampai masak (bergantung pada oven masing-masing). Bila dah masak, sejukkan atas redai.

6. Doneee! Ready to serve.

πŸ“ŒStep by step bergambar boleh klik sini  



Final Thoughts 
Kadang-kadang benda simple macam ni lah yang buat kita happy. A slice of orange cake, dengan rasa yang throwback childhood memories.. priceless. Honestly, rasa dia jauh lebih meaningful bila buat sendiri kat rumah.

So guys, kalau tengah craving something nostalgic and classic, you really should try this Orange Cake recipe. Senang sangat, bahan pun basic je. And trust me, once you bake it.. you’ll get what I mean by “kek zaman dulu-dulu” gittuwww ✌🏻

Till then, happy baking & selamat mencuba 🫢




Wednesday, 20 August 2025

Short Escape @ Lexis Hibiscus 🌸


Idk kalau korang sama macam aku ke tak, tapi bila otak dah full storage, badan pun rasa low batt, aku memang kena plan quick escape. Bukan nak jauh pun, janji dapat stay tempat yang bagi vibe lain.

Kadang kita memang perlukan pause button. Tekan stop sekejap dari rutin harian, kerja, segala benda yang serabutkan kepala. Short getaway bukan sekadar holiday je, tapi untuk recharge energy, lari kejap dari rutin & kasi ruang untuk diri sendiri. Kadang kita lupa, self-care tu bukan sekadar skincare atau supplement je.. tapi juga bagi masa untuk diri enjoy moment, reset otak & hati πŸ₯³



So this time, aku pilih Lexis Hibiscus, Port Dickson. Dah lama aku dok aim tempat ni sebab dia punya konsep villa bentuk bunga raya atas laut tu memang lain daripada yang lain.. siap ada private pool, ada sauna room sendiri, view laut pulak tu. Rare kan? Bayangkan buka sliding door terus nampak lautan luas terbentang depan mata. Healing level kayangan. Apa salahnya sesekali reward untuk diri sendiri dan anak-anak😍




Part paling syok, aku dapat stay sini dengan harga jauh lebih murah daripada rate asal. Normal price RM1k++ per night, tapi aku dapat dalam RM7++ je sebab beli voucher dari sorang kenalan TikTok aku, Harnani. Memang berbaloi gila.. sebab aku ambik pakej Premium Pool Seaview Villa. Pandangan direct ke laut.. so kalau nak mandi free hair ke apa, bebas la kan 🀭 


Kat Lexis ni ada banyak pakej sebenarnya. Pilihlah ikut suka & kemampuan masing-masing. Nak view laut ke, view darat ke, view dari atas ke… (tapi view yang dari atas tu tak bestlah kot, sebab vibe dia sama je macam check in kat hotel biasa). Harga pun ikut view.. Aku suggest ambiklah pakej macam aku ni.. view laut (harga keras sikit la) tapi rasa tenang sangat.. boleh lepak & dengar bunyi ombak malam 🌊 Lagi best, kat sini agak privacy sebab tak ramai orang.. maybe sebab tempat ni agak pricely, so kita boleh healing tanpa serabut dengan crowd.




Dugaan Sebelum Check-In
Aku gerak dari rumah lebih kurang jam 12 lebih. Sampai sana dalam pukul 1 lebih.. korang bayangkan laaa.. memang aku dah sampai PD, tetiba aku baru teringat voucher aku terrrr...tinggal!!! 🀯 Hahaha gelabah weh. Try call Lexis, explain la cerita.. manager yang bertugas tu kata boleh je check in tanpa voucher, tapi kena bayar RM1,050 dulu. Nanti refund sebulan kemudian. Errr nope, memang tak la kan..😎


So nak tak nak, terpaksa la patah balik rumah. Tak dapatlah aku nak gi makan masak lomak neghori.. 😌 Ingatkan sampai awal.. nak cari makan dulu.. tibahhhh voucher boleh trtinggal fulakss.. aiseyyy men 🀣 

Nasib baik dari PD ke rumah aku cuma ambik  masa 1 jam suku je. Merempit la jugak. Gedebak gedebuk.. akhirnya sampai semula ke Lexis dalam pukul 4.20pm. Rugi la jugak sejam lebih.. tapi nak buat camne.. salah sendiri kan 🀭 Adan uke 🀣


🏝️ Staycation Experience
Lepas settle check in, terus dapat welcome drink. Staff sini memang friendly, siap tolong angkat luggage & hantar bilik naik buggy. Buggy ni available 24 jam. Anytime nak keluar, just call je.. tak sampai 10 minit dah sampai depan bilik. Service tiptop, cuma jangan lupa bagi tip kat budak-budak buggy tu. Konsep dia simple je, give & take.. gituhhhπŸ€—




Assalamualaikum.. 
Masuk-masuk je.. wowww... 🀩🀩🀩 memang cantik sangatttt. Private pool & sauna room dalam villa memang win 🀩πŸ₯³ Terus rasa “worth every cent” lah bayar RM7++. The best part, sebab aku ambik seaview villa, view terus menghadap laut. Healing dia lain machiam.. 

Lexis Hibiscus memang special sangattt.. sebab kombinasi luxury & nature dia superb 🀩 Rasa stress semua hilang weyhhh πŸ₯³πŸ₯³ seriussss, sis tak tipu.. Rasa tanak valikkk.. Haa..haaa...


For dinner, memang ada cafe dalam Lexis, tapi aku tak try sebab harga boleh tahan keras 🫠 Aku prefer keluar makan dekat kedai tomyam je, ikut suggestion budak buggy tadi. Not bad, sedap jugak  janji perut kenyang. Sesambil cuci mata kt bandar PD.

Lepas makan malam, aku decide jalan kaki je, instead of naik buggy. Sebab nak feel angin malam, jalan atas laut sambil dengar bunyi ombak. Haaa memang sejuk. Angin sepoi-sepoi tapi dingin dia menusuk. Healing habis. Sempat la jugak aku record sikit untuk buat vlog video πŸŽ₯ Wajib.. kenangan kan..


Paginya lepas breakfast, aku chill je layankan anak-anak mandi pool lagi.. splash sana sini.. aku lepak tepi pool sambil tengok dorang happy. Lepas tu aku start siap-siap, tukar 2-3 kali baju untuk OOTD sebab kat sini spot-spot dia memang cantikkkk, dari tepi pool sampai ke view laut semua perfect untuk selpi & posing ala-ala model gituhhhπŸ˜ŽπŸ“Έ berbaloi la kau beli baju cecantik untuk selpi kat sini, sebab setiap angle memang letopsss πŸ’…πŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»


🌸 Tips untuk korang yang plan nak stay kat Lexis Hibiscus:

πŸ”‘ Jangan lupa bawak voucher! Check dulu before gerak, kalau tak jadi cam aku kena u-turn 🀣 tibahhhh

πŸ’Έ Beli voucher lagi jimat (try cari dekat TikTok/agent trusted, boleh save ratus-ratus)

πŸ›Ί Buggy service 24/7 senang sangat, tapi jangan lupa bagi tip sikit kat budak buggy tu.

🍲 Makan luar lagi worth it.. area PD banyak kedai tomyam sedap, harga jauh lebih okay dari dalam resort.

πŸ“Έ Malam-malam wajib jalan kaki atas laut.. angin malam dia best tau, sejuk menusuk + view lawa. Wajib record video untuk vlog.

🏊‍♀️ Enjoy private pool & sauna room.. itu highlight dia, jangan lepaskan peluang nak healing maxxx! Hokeyyy..

πŸ‘— Bawak baju cantik-cantik pleaseee πŸ™πŸ» So nanti boleh selpi, boleh posing-posing kat pool.. tepi laut.. setiap sudut.. Barulah content OOTD tu letops… haa gittuw πŸ”₯πŸ’ƒπŸ»


🌺 Final Thought

Overall, experience aku kat Lexis Hibiscus memang best.. Villa cantik, ada private pool sendiri, view laut memukau, service staff pun friendly. Walaupun ada “dugaan kecil” masa nak check in, semua tu jadi memori kelakar bila dikenang balik.

Bagi aku, this trip memang berbaloi.. bukan sebab dapat harga murah je, tapi sebab aku betul-betul rasa recharge, mind & body semua refresh balik. Kadang kita perlukan break sekejap dari rutin, escape dari tekanan kerja & kehidupan harian, and Lexis Hibiscus memang bagi exactly that. Hanya duduk, relax, nikmati view, dengar bunyi ombak & feel angin laut.. seriously, itu therapy untuk jiwa πŸ€—

Plus, moment simple macam jalan kaki atas laut malam-malam, selpi kat pool, tengok anak-anak happy mandi pool.. semua tu buat trip ni lagi seronok & unforgettable.. Truly, Lexis Hibiscus is a little piece of paradise yang buat korang rasa tenang.. happy dan masa macam berhenti sekejap.. perfect untuk recharge badan & mind. Percayalah.. pengalaman kat sini akan buat korang rindu nak repeat balik ✌🏻

Bye-bye Lexis Hibiscus Port Dickson.. till we meet again 🫢🏻

My Supplement & Skincare Journey

Terkadang Hidup Ni Penuh Dengan Fasa

Kadang aku rasa hidup ni penuh dengan fasa. Ada masa obses dengan skincare, ada masa sibuk ikut diet trend, ada masa tiba-tiba rajin beli supplement macam nak buka farmasi mini🀭 Pernah tak korang rasa macam tu jugak..?

Tapi bagi aku, semua tu sebenarnya journey untuk jaga diri sendiri. Nak sihat, nak nampak cantik, and most importantly nak rasa confident dengan diri sendiri.

My Curiosity Journey πŸ˜…
Kalau ikut hati, memang macam-macam aku cuba. Dari skincare, diet trend sampailah ke supplement. Semua aku pernah explore (tamak kan aku..? 🀭) Kadang rasa macam.. “eh, aku ni tengah buat research ke atau tengah kumpul stok farmasi sendiri?” πŸ˜‚ Tapi inilah journey aku. Sebab at the end of the day, aku just nak sihat, nak kulit cantik, nak badan ringan dan yang paling pentinggg.. nak rasa yakin dengan diri sendiri.. haa gittuww 😎


Support Kawan, Support Diri Sendiri 
Jujurnya dulu aku selalu beli supplement Shaklee. Bukan setakat nak try, kadang sebab aku nak support kawan jugak. Ada dua orang kawan yang jual shaklee, dua-dua aku beli. Vitamin C, minyak ikan, soy protein bagai. Aku ni jenis curious person, so bila orang cakap sesuatu tu bagus, confirm aku nak try. Tambah pulak kalau kawan yang jual, lagi la aku tak berkira. Sebab aku percaya bila kita support biz orang, rezeki kita pun akan datang balik. Kadang bukan sebab aku desperate, tapi sebab nak cuba and nak feel that excitement bila dapat barang baru. Dia macam.. suka tau, suka! 🀩


Reality Check : Semangat vs Lupa 🀣
Mula-mula beli tu, semangatnya bukan mahennn ye..
Pagi, tengah hari, malam.. siap ada reminder kat phone. Tapi biasalah aku.. bila dah masuk minggu ketiga, keempat.. mula la “kadang ingat, kadang luperrr.” Ahahaha.. 🀭 Mood nak makan supplement tu kadang ada, kadang ghaib macam ex-boyfriend yang tak pernah reply wasap πŸ˜‚ (gurau keyyy 🀭)

Now, stok supplement aku dah macam boleh buka kedai mini. Ada Vitallean, Vitalex Advance, Herbalife Vit Bio C, Omega minyak ikan, Vit B, kupee bagai. Semua aku sapu.

Eh tapi satu benda yang aku perasan, vit B ni buat aku craving gila. Katanya untuk energy, tapi aku rasa asyik nak mengunyah je weyhhh🀦🏻‍♀️ kitenye nak kuyus, last-last craving makin menjadi. Haihhh ass..syudahhh..


My Goals ✨
Sebenarnya simple je. Aku consume ni semua sebab nak dua benda utama:
1. Kulit cantik, glowing-glowing macam filter. Jerawat sikit-sikit tu biaser lerr.. sebab orang pompuan tiap bulan memang akan naik jerawat 😎
2. Sihat dalaman & luaran, sebab kalau dalam tak sihat, luar pun confirm nampak kusam. Aku percaya beauty comes from inside. Bukan sekadar skincare, tapi apa yang kita makan, minum & lifestyle tu main peranan besar. Korang pernah tak terfikir macam yang aku fikir ni..?


Extra Obsession: Meal Replacement & TikTok Trends 🀭
Lagi satu obsession aku.. meal replacement. Vitallean tu kira my fav la. Kadang aku mix dengan rolled oat, nestum, chia seed bagai.. terus rasa macam “healthy girl era” Ambik time breakfast, at least dapat skip daripada makan yang bukan-bukan. Tapi yang bukan-bukan tu la yang sedap dimakan πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

..Dan jangan sebut pasal tiktok trend.. semua yang hot dekat situ mesti nak try. Tipu la kalau engkorang tak macam ni.. Rolled oat, chia seed, detox water, segala bagai. Semua kau nak sapu. Last-last banyak jugak yang tak termakan sampai nak expired 🀣 Kadang fikir, macam mana laa aku nak makan semua ni. Haihhh . Ghisauu fulak. Tapi aku anggap ni semua tuition fee untuk pengalaman.. Boleh ek cenggitu? πŸ˜‚

Skincare Addiction πŸ‘©πŸ»‍🦰🧴
Hokey, bab skincare fulak.. lagi la parah. Serum, toner, moisturizer basic wajib. Lagi-lagi bila bukak tiktok live. Seller baru cakap “sis, ini produk viral, semua orang guna” Aku pun tanpa fikir panjang terus add to cart πŸ˜‚ ajeee lerrr πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨Memang racun sungguh. Tapi aku rela diracun. Sebab bagi aku skincare ni investment. At least aku tahu aku jaga kulit, takdelah nampak tua sebelum waktunya. Tapi beli yang trusted jelah. Yang mostly product tu ada kat drugstore cam Watsons atau Guardians (tapi kekadang terrrr.. beli jugak product yang bukan-bukan) πŸ˜†


Honest Thought πŸ’­
Orang mungkin cakap aku membazir beli macam-macam. Tapi for me, this is self care. Aku happy bila badan rasa ringan, kulit nampak better, mood stabil & bila skincare buat kulit rasa fresh. That happiness is priceless πŸ’…πŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ€©πŸ₯³ Aku percaya bila kita rasa cantik, sihat & confident, automatically energy tu keluar natural. Kita jadi lebih semangat & yakin. That’s why aku tak pernah rasa bersalah spend untuk diri sendiri. 

So yeah, that’s my little journey with supplement & skincare. Memang banyak aku pernah cuba. Ada yang berkesan, ada yang biasa-biasa. Tapi aku still enjoy the process sebab aku tahu aku tengah invest in myself.

For those yang struggle nak maintain routine supplement or skincare.. chill je. Kadang skip tu normal. Yang penting jangan give up & jangan stop jaga diri. Because at the end of the day.. you are your best investmentπŸ’…πŸ»

"Self-care bukan membazir, itu cara aku sayang diri sendiri"πŸ’…πŸ»


Pijak Pasir Pantai

Pijak Pasir Pantai: Terapi Jiwa & Minda

Alam semulajadi sentiasa menjadi terapi untuk semua jenis masalah dan penyakit. Nature has its own healing power. Alam semulajadi juga merupakan terapi terbaik untuk semua jenis tekanan. Sesekali, pergilah menikmati keindahan pantai. Dengar bunyi ombak yang mendamaikan, rasa hembusan angin laut, pijak pasir pantai yang lembut.. semua itu mampu memberi ketenangan fikiran. It’s a simple therapy.. yet so powerful 🌊



Pantai & Kanak-Kanak: Natural Playground

Bila anak semakin pasif.. tidak aktif.. asyik main telefon sahaja.. kurang bercakap.. bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka kembali bergerak, their body and mind stay active. Aktiviti seperti berlari di pasir.. bermain ombak, atau bina istana pasir bukan sahaja seronok, tapi mengaktifkan motor skill halus dan kasar.

Kanak-kanak juga ada tekanannya sendiri. Tekanan pelajaran, tekanan berkawan, tekanan expectation parents, dan tekanan bila naluri ingin bermain selalu terhalang. At the beach.. they can just be kids again. Free.. happy and alive.



Pantai & Orang Dewasa: Finding Balance

Orang dewasa pun sama. Tekanan kerja.. perniagaan.. hubungan.. anak-anak.. keluarga.. kewangan.. kesihatan.. semuanya bercampur. No one can run away from stress, but everyone can learn to release it.

Tekanan yang tidak dilepaskan akan menjadi gunung berapi. Nampak diam di luar, tapi di dalamnya menyimpan bara yang tunggu masa untuk meletus. Bila sampai waktunya, badan dan jiwa kita sendiri yang jadi mangsa.

Pergilah ke pantai, duduk sekejap menghadap laut, tarik nafas dalam-dalam. Let the sound of the waves wash away your worries. Kadang hanya dengan memandang horizon luas, kita sedar bahawa masalah kita sebenarnya kecil berbanding keluasan dunia ini.


Pantai: Free Yet Priceless

Pantai adalah tempat untuk semua.. kanak-kanak, remaja, orang dewasa. Ia percuma, tetapi nilainya tidak ternilai. Boleh jadi tempat healing seorang diri, boleh jadi port family time, atau sekadar ruang untuk lari sekejap daripada rutin harian.

Bawa bekal, bentang tikar, duduk tengok sunset sambil gelak tawa bersama keluarga. Simple joy, but lasting memories.


Lessons from the Sea

Hakikatnya, tiada siapa boleh lari daripada tekanan. Tetapi orang yang “menang” ialah orang yang tahu bagaimana melepaskan tekanan dengan baik. Stress is inevitable, but healing is a choice.

Jadi.. sesekali, lepaskan kasut. Pijak pasir pantai. Rasa ombak menyapa kaki. Biarkan hati belajar tenang semula πŸŒ…





Others Stories to Explore πŸ‘‡πŸ»