Saturday, 17 May 2025

Happy Teachers Day πŸ‘¨πŸ»‍πŸ«πŸ’

Kadang-kadang kita tak sedar, betapa besarnya pengaruh seorang guru dalam hidup kita. Mereka bukan sekadar mengajar di bilik darjah, tapi mendidik dengan hati.. ajar kita tentang kesabaran, nilai hormat, usaha tanpa putus asa dan percaya pada diri sendiri 🫢🏻

Di sebalik setiap pencapaian kita hari ini, ada doa yang dibisikkan, ada senyuman yang menguatkan dan ada teguran yang membentuk diri kita jadi lebih baik. Guru ibarat lilin.. sanggup membakar diri sendiri untuk memberi cahaya kepada orang lain.

Sempena Hari Guru, jom kita raikan semua pendidik hebat yang pernah menjadi inspirasi, motivasi dan turning point dalam perjalanan hidup kita. Selamat Hari Guru buat semua yang tak pernah jemu menyalakan cahaya, meskipun berdepan cabaran zaman yang sentiasa berubah πŸ’




..Hari Guru always reminds me of one teacher yang aku rasa i’ll never forget. Namanya Cikgu Yusuf. Bin ape aku tak hingat. Aku panggil dia papa Yus 🀭 (tapi aku dgn kawan-kawan aku je lah yg tahu, dia tak tahu pun) kikiki.. Zaman sekolah kan, tipulah kalau korang takde bagi gelaran kat cikgu-cikgu korang ☺️

Cikgu Yusuf ni rendah je orangnya, pakai spek bulat kecil, rambut ikal sikat tepi. Very classic vibe, macam cikgu zaman 80an. Lingkungan usia hujung 40an kut waktu tu. Dia ajar aku subjek BM form 4 & 5..

Kenapa aku kata aku ingat dia sampai bila-bila..?
Sebab almost tiap kali waktu BM, asal buat ayat nak dijadikan contoh je, dia mesti guna nama aku. Sikit-sikit Atika.. Atika.. Atika..πŸ˜† bukan buat ayat contoh je, apa-apa pun dia mesti nak kaitkn nama aku πŸ˜† Kadang aku rasa aku sorang je yang dijadikan bahan tapi lama-lama macam dah immune 😬 Aku assumed maybe dia senang dengan aku. That’s it.

Even on days aku tak datang sekolah pun, nama aku still naik. Dia pernah cakap depan kelas, "Nama Atika je yang senang saya nak ingat" Aku laaa πŸ™†πŸ»‍♀️πŸ™†πŸ»‍♀️πŸ™†πŸ»‍♀️ Speechless kejap πŸ™ƒπŸ™†πŸ»‍♀️ Tapi aku think positive jelah maybe sebab aku duduk baris depan tengah-tengah pulak tu, so senang dia nak nampak and buat contoh (kot?) entahlah nok..


Ju, Ana & Intan la yg memula gelarkan cikgu Yusuf tu papa Yus. Nampak je kelibat cikgu Yusuf, memasing cakap kat aku.. "bapak kau datang.. bapak kau datang.." (bapak aku ler konon-kononnyerr) πŸ˜† Anak kesayangan kot πŸ€£πŸ™πŸ» ya robbi.. nakal sungguh memasing 🀦🏻‍♀️

Ada few moments yang berlaku… (aku tak boleh la nak cite semua detail) but honestly, memang cikgu agak biased sikit dengan aku daripada kawan-kawan yang lain. Aku always sangka baik je maybe dia selesa nak interact dengan aku as a student (rasanya la) sebab aku budak baik 🀭 kikikiki.. (masok bakul angkat sendiri πŸ™ƒ)

And the most legendary part about Cikgu Yusuf ialah bila dia dah start terrrr..cerita pasal pengalaman hidup dia.. konpem sampai habis waktu dia bercerita saja 🀭 Last-last 1 kelas tak belajar sebab dengo cerita 🀭 terbuaii memasing dengo cerita cikgu (cerita waktu dia muda-muda, cerita pasal keluarga dia, cerita pasal anak-anak dia, pengalaman dia pergi umrah etc) eh mcm² la 🀭

And here’s something funny πŸ˜†
Aku pernah bagi hadiah perfume dashing kt cikgu Yusuf (dashing kauuu)πŸ˜† kerlass tak..? Sib baik mak abah aku tak tahu weyhh.. πŸ™†πŸ»‍♀️πŸ™πŸ»Zaman aku sekolah dulu, dashing tu kira mahal la juga. Ahahaha ekceli masa tu aku bukan nak bagi kat cikgu Yusuf pun 🀭 Aku plan nak bagi cikgu kelas aku cikgu Khai tu. Bayangkan la aku simpan duit sekolah aku semata nk beli hadiah hari guru. Aku beli 1 je. Dulu-dulu manalah mampu nak bagi hadiah kat semua cikgu. Mampu bagi 1 jelah tu pun simpan duit sikit-sikit. Dulu-dulu, mak-mak kite tak macam mak-mak zaman sekarang. Mak-mak zaman sekarang, masuk bulan Mei je dah ready order hadiah hari guru untuk cikgu anak-anak dia. Ofcoz la kat shopipi πŸ˜† kikiki.. Sekarang pulak ada banyak choice. Senang keje tak macam zaman aku sekolah dulu. 

Hokeyyy, sambung cite...
...Tiba hari nye aku tak jadi pun bagi hadiah tu kat cikgu Khai, but aku bagi kat cikgu YusufπŸ™πŸ»insteadπŸ˜† ahahaha sebab aku tengok cikgu Khai dapat banyak hadiah dah (cikgu fofular ler katakan) so tak jadilah aku bagi kat dia.. boleh ek cenggitu πŸ˜…ahahaha gasaklah situ.. Rezeki papa Yus la kan πŸ₯³ But it turned out to be one of my favourite memories ever ☺️alwayssss..

Now, all those memories are just beautiful flashbacks. Didoakan semoga cikgu Yusuf a.k.a papa Yus dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik, ameen 🀲🏻

Thank you papa Yus, for being part of my sweetest school memories. You left a mark without even realising it. Tak semua cikgu tahu dia tinggalkan bekas dalam hidup anak muridnya. Tapi papa Yus tinggalkan kenangan yang takkan padam 🫰🏻

Happy Teachers Day πŸ‘¨πŸ»‍πŸ«πŸ’






Others Stories to Explore πŸ‘‡πŸ»